// Strawberry Cupcake


Seorang sahabat yang perlu dipimpim bersama ke Syurga. Really needs your help guys...


► My Biography
► My Happy Family
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post
Things I bought from "Shopee" :D
Thursday 30 November 2017 | 02:25 | 0 Sweet Cupcake

First of all, sebenarnya aku dah lama pun usha apps "Shopee" since housemate aku, Athirah selalu sangat beli barang-barang dekat Shopee. Tak kira dari segi barangan murah, sederhana dan ada juga yang harga mahal dia bedal semua. well said, budak Sabah balik rumah (Sabah) satu sem sekali je so tak berapa hairan. 

yang hairannya, 

kenapa aku jenis mudah terikut 😔 tapi boleh lah nak bangga pada diri sendiri kerana berjaya menahan segala godaan nafsu untuk beli apa-apa barangan dari shopee sepanjang semester *tepuk tangan sambil buat muka bajet* semua yang aku minat hanya duduk dalam list cart sahaja 



but, tak tahu lah syaitan mana kuat sangat atau nafsu jenis apa aku ni sampai akhirnya tewas juga HAHAHA 

yang jahanamnya boleh cakap dekat diri sendiri,

"eh takpe, barang-barang yang aku beli ni pun aku beli untuk kegunaan belajar. so takde hal lah kot," 

jahanaaaaamm bukan? 

"so aku pun boleh lah ambil separuh dari amount yang aku kena bayar nanti dekat duit bantuan BankRakyat tu." 

tambah tasha yang bermonolog dalam hatinya. keji. 




☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀



okay here are the things; 



( 1 ) school backpack bag korea, set canvas. RM30.00 + free postage 

(suka sebab saiz dia boleh tahan besar so banyak barang boleh sumbat) 
.
.
.

 ( 2 ) korean women lady Shoulder, String, Purse bag. RM15.00 + postage RM5.30 

(idk why aku beli hahaha) 
.
.
.

( 3 ) Canvas Backpack School Laptop Bag. RM20.00 + postage RM2.30 

(design dia lawa, warna pun lawa :D mine is mint colour) 
.
.
.

( 4 ) 15" Cover Bag for MacBook Air Pro Retina. RM9.90 + postage RM5.99 

(agak menyesal, tak sesuai saiz laptop hhaha my bad. tapi i will try to use it hokeh)
.
.
.

( 5 ) Pink shoes. RM20.00 + postage RM2.99




(gegurl sangat kan? 😂 tapi I love it !! rasa nak beli warna lain pulak hahaha 
entah confident ke tak nak pakai tu) 




☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀




tapi alhamdulillah aku tak pakai pun duit dalam BankRakyat dek kerana rasa bersalah, 

iyalah, duit bantuan tu kan semacam amanah. Maka haruslah digunakan sebaik yang boleh. so inshaa allah boleh pakai untuk beli buku naik sem nanti 😂 kerana untuk semester depan akan banyak lagi benda perlu dibayar. 


belum naik sem tapi dah tahu? 


exactly, yes. so nampaklah kan dia punya banyak tu, ya tuhan. hmm






okay, 

so far beli barang dekat shopee alhamdulillah semua okay saja. yelah, belum rasmi pakai pun lagi (ahahaha) tapi setakat ni tengok kualiti barang boleh tahan tak ada lah nampak senang rosak. oh ya, sebenarnya majority harga masa beli tu semua dah ada potongan harga sebab tu macam.. sayangnya kalau tak beli sekarang,

aduhai pengsan. 

bye. 




eh jap, lupa. hari ni, berbaki lagi 3 hari je lagi untuk naik ke semester 4 :') 

PA pun baru hantar jadual sem 4 allahu akbar sakit tengkok tengok subjek banyaknyaaaaa  T.T 


poor me, mohon doa! annyeong. 


(30 November 2017)