![]() ![]() Seorang sahabat yang perlu dipimpim bersama ke Syurga. Really needs your help guys... ![]() ► My Happy Family ► My Friends ► My Diary ![]() ![]() Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| Asal Usul Keluarga Kami~
Monday, 18 March 2013 | 09:21 | 0 Sweet Cupcake
Heiwa! *ceyh cyeh ceyh* Okay, alhamdulillah. Dalam masa sekarang ni Allah bagi aku masa lapang yang mana aku boleh terus aktif mengUpdate blog. Hehe, nikmat kan tu? ;)
Meyh, Listen... Listen... Listen... oh tak, Reading... Reading...Reading... :3 *peace*
Okay, hari ni nak kongsi sikit about my feeling, dulu. And about asal usul RPA ni MihMihMih~
Awalnya, macam mana aku boleh masuk RPA ialah, Naqibah aku yang pilih. Salah satunya lah. Yang lain pun sama. Naqib Naqibah yang pilih. Tiba-tiba aku dan yang lain (yang terpililih) dipanggil untuk masuk ke bilik IT berAir-Cond *weekk* diberi taklimat sedikit, kowt. Entah sama ada pada hari yang sama atau lain kitorang kena jawab paper yang susah dia boleh tahan. Urghh, kat situ rasa diri gua tercabar! Semua pasal Tauhid, Tarbiyyah, and... and... and... :'] Tak semua yang awalnya terpilih dapat masuk RPA. Rupanya paper yang kitorang jawab tu, ditapis oleh Ustaz sporting kitorang. Yeah, Ustaz Anuar Mahadi a.k.a Pengetua SMIT. Sebahagian saja yang terpilih. Kat sini tak ada kaitan nak kata aku dengan yang lain ni baik sebaik malaikat. Yang tak terpilih after ditapis tak okay. Ini mungkin rezeki. Rezeki Allah dah atur, kenapa nak dipermasalahkan? Tak semua yang kita nak, kita dapat. *Hurghhh* Dan, pada 14,15,16 SEPTEMBER 2012 ada Kem Nadwah Kepimpinan untuk RPA. Serious? Aku masuk RPA baru beberapa minggu sebelum Kem tu kowt. Dua minggu selepas Kem aku ada exam besar, SMRA. Huh, dugaan itu memang terang lagi bersuluh. Untunglah tahun ni pemilihan baru pada awal tahun. Hati aku berdegup kencang kowt. Bayangkan dilema apa yang aku hadapi ni? Allah, Kau Maha Pemurah. Kau berikan ujian tapi disebalik itu Kau kirimkan rasa bahagia. Aku tahu Kau datangkan ujian bukan untuk membuat Aku lemah, tapi untuk aku semakin KUAT!!! Sampai ada saat yang mana aku rasa aku TAK NAK join kem tu! :'( Aku rasa tak sanggup. Awal aku dengar nama RPA pun aku rasa macam dah takut. Yelaa, Rakan Penggerak Ad-Din? Mendalam tu maksud dia. Tak layak untuk aku yang masih senget ni sebenarnya. :'(
Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesaranNYa,
Mensyukuri segala nikmat,
Yang dikurniaNya di dunia,
Walau penuh dengan cabaran,
Ku tahu ku ada-MU, Tuhan...
(Ewwahh, berlagu bagai. Haha)
Ye, aku tengah dalam dilema. Nak join ke tak? Sanggup ke aku nak berKem Nadwah ni? Macam mana dengan exam aku dua minggu lagi? Semua ni cuba menghantui aku sekejap. Huh! Pedih rasa hati ni.
Tapi, bila tengah Kem aku rasa memang tak rugi langsung aku join! :') Bermacam ragam tahu ahli RPA ni sebenarnya. Ianya buat aku Happy :') Dalam Kem ni lah di mana kitorang nangis sesama, makan sesama, tidur sesama dan paling sweet, kelam kabut sesama :'p Ouhhh, semua masih segar dalam ingatan! :') Rindu malam Muhasabah diri! Sebab time tu memang mencabar, dan buat kitorang terus nak jaga antara satu sama lain, hingga sekarang.
Masa jamuan RPA yang untuk kali pertama berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Masa tu juga aku rasa menggelabah yang ada di tahap dewa! Apa tak nya, tetiba rasa macam fobia dengan lelaki. First, sorang nak lalu belakang aku dengan macam tak minta izin dan dilanggarnya aku dengan kotak bawaannya.
Huh, ditambah masa tengah meremang dek kerana tadi, aku jalan ke belakang dan kebelakang. Tiba-tiba si Solehah jerit slow, "Tasha!" sambil tengok kat belakang aku. Apa lagi aku pusing laa tengok, whats the problem. Rupanya kat belakang aku ada muslimin tengah nak ambil nasi. Fuhh! Memang nak nangis masa tu! Dah laa yang aku hampir langgar tu... Arghhh~ Dia tengok aku, alamak! Aku nervous!
Ditambah dengan masa tengah nervous tu aku kebelakang lagi dan hampir terlanggar muslimin yang lain. Allah! Sahabat-sahabat jelaa yang dapat nampak betapa cemasnya muka aku yang macam orang kehilangan akal fikiran. Huhu, terima kasih sahabat. Sebab korang ada di sampingku dan cuba menenangkanku yang mana hatiku sedang gundah gulana.
Mungkin sebab takut. Takut kehilangan abang-abang dan akak-akak yang selalu ingatkan aku kalau aku silap. Selalu bagi aku semangat kalau aku down. :') Aku rindu semua tu. Terima kasih ye akak-akak yang masih disampingku. Menggenggam erat janji kita yang terikat awal Kem dulu. Ye, bai'ah Solehah!
Rindu kowt moment yang sweet cenggitu. Rasa hidup baru saja bermula. Sebab, jujur aku tak pernah rasakan ukhuwah yang sebegini. Aku pada awalnya SUSAH sangat nak berKomunikasi dengan akak-akak RPA ni sebenarnya. Kalau terjumpa just, senyum. Okay, boring taw hidup macam tu... Sungguh, Penyesalan~
Lepas daripada Kem, aku mula rapat dengan akak-akak ni, semua. Esspecially kak Pina. Sebab kitorang dah mula nak sharing segala apa yang terbuku dalam hati. Dan aku baru tahu perangai dia yang sebenarnya. Tak pasif pun. Cuma perahsia orangnya, eh orang tu perasan kang :p Tapi aku dihargai sangat. Sebab dia sudi share rahsia dia dan sudi dengar rahsia aku.
Kepada yang sebelum ni selalu, lah jugak. Perli kami, ahli baru RPA. Perli yang sememangnya buat hati kami, eh aku je kowt, terasa sangat. Sebab aku sedar yang aku ni memang tak layak langsung pun masuk RPA. Ilmu aku sikit sangat. Mungkin ilmu korang lagi tinggi. Tapi, aku tengah cuba untuk terus mencari ilmu tu, dan aku tengah cuba perbaiki perangai aku yang senget ni. Maaf kalau ada yang terasa. Just untuk pengajaran, korang janganlah perli macam gitu. Hati aku ni lembik sebenarnya. Senang untuk menyerah. So, yang baik hati tolong aku. Tolong ajar aku macam mana nak move on yang sebenar-benarnya. Kita boleh move on sesama :')
Kepada ahli baru, tahniah. Semoga korang happy
dan dapat berjuang bersama-sama dengan kami.
Ouh tidak! Panjang betul aku membebel. Uih, nak kata aku over? Silakan, cause ini belog aku bukan kau. Hehe, peace. Jahat betul mulut aku hari ni. HikHokHikHok~ |