![]() ![]() Seorang sahabat yang perlu dipimpim bersama ke Syurga. Really needs your help guys... ![]() ► My Happy Family ► My Friends ► My Diary ![]() ![]() Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| Ikhwah Busuk Hati
Friday, 14 February 2014 | 01:46 | 0 Sweet Cupcake
Salam sejahtera dan salam 1 MALAYSIA.. fefeeling pidato. Batuk. Batuk.Tajuk macam tak boleh nak belah. Haha, tajuk memang tak boleh belah durian cis! Okay, sebelum berlaku sebarang per'laga'an mata, hati, jiwa serta raga di sini, aku nak buat satu muqaddimah. Muqaddimah tentang apa itu "ikhwah". Yang pasti ianya bukanlah sejenis menatang, makanan, mahupun minuman. Lebih-lebih lagi sup ayam yang lazat untuk di hirup. Tidak sama sekali. Ok, jangan buang 'taik' di sini... Maksud "ikhwah" ni berdasarkan apa yang aku belajar dari APG. eheh~ Baca belog APG tepatnya. Ikhwah yang aku faham dari belog APG adalah... Ikhwah ni jama' kepada "akh" yang membawa maksud saudara lelaki. Lil banat (untuk gegurl) pula akhawat, jama' kepada "ukht". Tetapi, ikhwah dan akhawat lebih membawa maksud saudara serta saudari yang hidupnya berlandaskan islam. Berjalan di atas track dakwah. Menaiki gerabak tarbiyah yang bila dengar macam osemm bukan osomm (!) yang adik hang selalu main tuh. Dan mereka yang berkasih sayang hanya kerana Allah Yang Maha Esa. Semata-mata. Gulp! Sanggup mengOrbankan jiwa, raga, masa, harta, tenaga dan segala-galanya untuk jalan DnT mereka. Jalan Dakwah dan Tarbiyah. Ohh, osemm bak hang. heh? <-- bukan aku *garfu* *cucuk mata* ala PRamlee teeeetttttttt~ Tak faham?! Sila rujuk belog APG sendiri haaaa... Baiklah, sesungguhnya "tajuk entry" ni agak meniru APG gituh! Tapi, tak dosa kan? Tak dosa. lalala. Sebenarnya, aku buat entry ni memang terinspirasi gi-laa dengan "IKHWAH BUSUK" hakcipta terpelihara Inche Gabbana hoooo.. Tapi, isinya lebih kepada apa yang aku nak muntahkan di sini. Tehee. Golongan ikhwah atau akhawat yang suka sangat cari kesalahan dan kelemahan ikhwah dan akhawat mereka sendiri. Puas dihina. Dimaki. Diherdik macam kena cekik. Memberi kesan SAKIT HATI yang mendalam apabila mengomen yang bukan-bukan ketika ikhwah atau akhawat yang melancarkan satu bulatan gembira tetapi tidak mendapatkan sambutan yang hangit. Bash dengan teruk bila ada yang tak berani nak menegur si pembuat zina tegar aka yang hidup memang tak kenal undang-undang. Berpakaian tetapi seperti telanjang. Bagi aku semua ni perlu proses. Untuk menuju suatu "kegemilangan" sebenarnya mudah kalau ALL OF DA'IE bersatu hati. Para Nuqaba' bersepadu membina suatu gerabak tarbiyah yang sangat BRAVO orang kata haaa. Kalau saling merendahkan antara satu sama lain, itu belum menjadi Dai'e yang sesungguhnya Dai'e. Tajam tak? Tajam tak? Hamekau! <-- diriku juga turut serta* Lagi-lagi yang baru nak berjinak-jinak dalam DnT nih. Ingat senang ke nak raih Cinta Allah? Tahu tak semua tu perlu Mujahadah? Mujahadah yang confirm kena berlawan dengan nafsu sendiri. Berperang sepenuhnya dengan makhluk ciptaan Allah yang glamour manusia panggil syaitan. So.. sebagai sahabat (ikhwah dan akhawat) yang baik serta gilang gemilang darjatnya harap membantu sahabat yang lain dalam DnT nih. Membantu menuju "kegemilangan" hakiki bukan membantu menuju menjatuhkan dan semakin menjatuhkan lagi. Ikhwah busuk konon. Habeh kau tu? Akhawat busuk juga! Ampunilah saya yang hina ini...
! YES !
Bawa aku ke jalan meraih cintaNya yang hakiki.
Tuntunlah sekalian makhluk agar mendapat Rahmad dan HidayahNya.
Bimbing kami 'semua' menuju syurgaNya yang kekal abadi.
Nescaya kau akan merasai ganjaran hebat daripadaNya.
(ada macam pantun empat kerat tak?) haha kbai salam...
|