// Strawberry Cupcake


Seorang sahabat yang perlu dipimpim bersama ke Syurga. Really needs your help guys...


► My Biography
► My Happy Family
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
Tamparan itu. .
Friday, 3 October 2014 | 06:36 | 1 Sweet Cupcake


Salam sejahtera buat pembaca sekalian. (ada pembacanya ke masalahnya?) hahaha !



Okehh. Baiklah. 

Memandangkan tajuk entry kali ini tidak sepanjang entry sebelumnya, saya akan panjangkan isi di entry ini berbanding dengan isi di tajuk sebelumnya. haaaa, sila baca dua tiga empat kali kalau tak faham dehhh! Kasi hadam beb! kahkahkah

Cerita pasal tamparan, aku nak kongsikan tentang tamparan yang aku terima. Yang aku anggap itu tamparan lembut. Tamparan lembut yang diberi tuhan. 

tamparan apakah? 

Tamparan tentang, 


>>> "ikhtilat" <<<


ikhtilat? binatang apa tu? 

Bagus! 
Soalan yang sangat bagus!! 
Cikgu bagi tiga bintang!!! 
Apa? 
Tak nak?! 
Nak lima bintang juga? 
Iya dehh Iya dehh. 
Ambil sana, gue nggak peduli dehh! 
Hahaha.


Zashhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! 


Okehh okehh.

Mari kita berkenal-kenalan dulu dengan "ikhtilat". So bila dah kenal nanti, boleh pilih jalan sendiri samada nak suka ke benci ke sayang ke jauhkan ke kahwin ke (eehhh!) dengan makhluk bernama "ikhtilat" ni okehh anak anak murid? xP 

Aku tak hebat nak intro pasal "ikhtilat" ni acane. So.. Let me take a button CopyPaste please. aherrr. 



Biodata Ikhtilat.

Nama: Ikhtilat.

Hobi: Mendekatkan manusia kepada Zina

Cita-cita: Manusia terjebak dalam gaung Zina

Alamat: MANUSIA YANG ABAIKAN
          SYARIAT ISLAM

Kesukaan:  Manusia yang tak jaga Ikhtilat

Kebencian:  Manusia yang jaga ikhtilat molek




Tadaaaaa! Itu dia. Dah kenalkan ikhtilat tu apa? So, apa lagi? Pilihlah jalan beb! ;) 


Okehh

Pertama sekali, kawan baik aku si Mirza Oppa yang sorang tu, cerita pasal dia ada terbaca (rasanya kakak dia yang suruh dia baca. Tak silap lahh dohh) satu artikel dalam buku Gen-Q pasal "ikhtilat". 

First dah rasa meremang. Adoihh. Ishh Ishh. haaaaa gituh! 

Dan.. bila dia cerita apa yang terkandung dalam artikel tu, rasa macam.. memang tadah telinga je laah time tu. Bukan tak suka! Tak! Tapi sebab......... tera to the sa. t e r a s a

Serious tak tipu. 

Gua terasa banget dehh. Well said, "siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya" nangis.

apa yang majalah tu habaq? 

Bukan aku taknak cerita details. Tapi sebab... statement tu mungkin berat sangat untuk kau hadam. Untuk kau terima. Sebab masa mula aku baca sendiri statement tu, aku pun rasa tertekan tahap tak hengat. Rasa nak je baling balang kaca dari tingkat lima depan koridor kelas aku. Haihh laa. 

Lambang dari berkecainya hati kau ke macam mana tu? ahaha 

Aku baling atas kepala kau kang jap lagi. Haishhhh! 

Bak kata Mirza, statement tu macam cakap hatta organisasi persatuan dakwah pun tak boleh ada ikhtilat. Macam, RPA. Nak nangis masukkan kepala bawah meja sekolah tak muat. Masuk dalam beg je laah gini. 

Kononnya cakap kalau dalam sesuatu organisasi dakwah yang tak ada lelaki dan perempuan, sesuatu yang dirancang tak menjadi. 

Padahal boleh jee. 

Contoh macam.. Persatuan Puteri Islam sekolah. Yang handle semuanya ustazah or cikgu perempuan je kan? Ustaz or cikgu lelaki ada campur tangan? Takkan. (Tak tahu lahh pulak an kalau-kalau ada sekolah yang cikgu lelaki ada ikut join sama) 

Tapi persatuan tu selamat je mendarat sampai peringkat sekolah lahh peringkat negeri lahh. Haaa macam macam peringkat ada lahh. So then aku ambil contoh mudah dari situ jee. 

Tak nak terima hang boleh tolak. Aku tak suruh terima pun ekceli. Baii. haha

Tu yang aku dengan Mirza rasa nak cuba langkah ke lembah yang jernih. Bukan ke alam yang lain. Sebab, pelik sangat bunyinya tu. Ehhh? hehehe

Hows to Amie pulak? 

Amie? 

hahahaha

Dia tak rasa apa apa katanya. 

Maklumlah, memang dah jaga sejak azali. huaaaaaarghhh!! 

Ekceli aku paling teruklah bab bab ikhtilat ni. Mirza okay lagi. Memang aku paling teruk lahh senang kata. 

Tapi Mirza yang tak seteruk aku tu pun terasa ini kan aku yang..... hmmmp hmmmp!

Memang terbakar biji mata berdarah hati peparu aku ni semua. Sakit satu badan oihhhh!




Kedua pula, aku terbaca blog si aiman Al-banna yang bertajuk, "eeeh ulat!". Mula mula tak cam tau dia nak bahas pasal apa. Rupanya, pasal ikhtilat. 

Dalam hati, ikhtilat lagi! Pang!! Pang!!

Boleh baca sendiri kot kan rasanya. Nanti berdarah pulak mata tu baca dekat bolg aku ni. hahaha 

Tak. Masalahnya, takut nanti aku tersalah sampaikan ataupun kau yang salah faham apa yang aku sampaikan nanti. Gituh. 



Ketiga, masa cuti sekolah seminggu hari tu aku dengan Mirza pii study dekat rumah Effa. Kononlahh semangat nak SMA time tu. hahaha

Alhamdulillah. Effa ajar kitorang bab bab yang kitorang belum belajar. Nampak tak bezanya nasib kitorang dengan si Effa tuu? ahaa ahaa :')

Effa!! Kalau awak baca entry ni kita belanja awak. xD (tunggu dia dah dapat cucu kot baru dapat belanja) 

woii. 

Lari tajuk dah nii. 

Opsss, maaf. 

Okay. Masa dekat rumah Effa tu, dia cerita lahh kan pasal suasana kat sekolah baru dia. SMAKJ (serious banyak cerita dia share sebab tak pernah dengar lagi bhahaha) 

Yang sentapnya, kat sana semua pelajar jaga ikhtilat. Tak payah ustaz ustazah nak bebel pun. Semua pandai jaga diri masing masing. Siapa tak pandai jaga, memang nasib malang kena angkat kaki dari dari aspura aspuri. Bukan sekadar aspura aspuri, memang dah kena cerai pisah dengan sekolah bak hang. hahaha over pulak. 

Haaa. see? "ikhtilat" lagi. Effa pun cakaplah hasrat dia yang sedang cuba nak berubah lebih jaga ikhtilat. 

Awak, kita sama sama doa tau. Sama sama berubah ke arah yang lebih baik. 





Akhir sekali. Aku tak mampu nak tunjuk bukti bukti. It just cukup sekadar kau tahu dalam tempoh berhari hari aku terbaca status status post post gambar gambar dekat instagram twitter facebook pasal suruh jaga ikhtilat. Mungkin bagi aku itu dah tamparan tahap luar biasa aku pernah terima. 

Tapi, aku letakkan dalam hati bahawasanya itu hanya dan baru tamparan yang sangat kecil. 

Bayangkan kalau tamparan yang betul betul tahap luar biasa macam mana? Oissshh. Nauzubillahi Minn Zalik. 

So, aku rasa bersyukur sangat sebab Allah bagi tamparan lembut halus bagaikan kain baldu tu aicewahhh. 

Sebab, itu tandanya Dia tak nak hambaNya ramai yang semakin hanyut dan tenggelam dalam gelapnya dan kejinya hasutan makhluk yang berasal dari api. Syaitan.

Cumanya, depends on diri sendirilah kan. Samada nak perbaiki or makin hanyut or tetap di dalm lubang yang maha gelap tu.  






Kawan kawan..

Allah bagi peluang untuk berubah. Berubahlah semampu yang boleh. 

Aku, mengharap doa dari engkau. Agar aku dapat keluar dari tempurung yang lama. Dari masa lalu yang suram. 

Aku inginkan kebebasan. Aku tak nak ada dalam kegelapan itu lagi. Aku perlukan orang yang sudi menuntun aku. Menuju kejalan yang diredhaiNya. 



Engkaulah, 


yang ku gelar... 

          

                Sahabat. 





YangBerdosa, 
aku.