![]() ![]() Seorang sahabat yang perlu dipimpim bersama ke Syurga. Really needs your help guys... ![]() ► My Happy Family ► My Friends ► My Diary ![]() ![]() Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
| Udara baru. Persekitaran baru.
Saturday, 3 January 2015 | 07:39 | 0 Sweet Cupcake
" Akak Natasha tahu tak Amier pindah? " (maksudnya amie)
" Ehh mestilah tahu.. Takkanlah tak tahu. "
" Ae.. Tak sedih ke? " pandang macam cakap dekat muka gua tak ada riak sedih, langsung. Perit doh!
" Takkanlah nak tunjuk muka sedih 24 jam kot.. " senyum segaris.
Mereka sangka aku tak sedih.
Dan siapa sangka bahawa Mirza pun boleh menangis banjir tsunami haaa semua ada. Inikan aku yang memang cengeng gembeng.
Tapi, mungkin Mirza akan rasa lebih kehilangan.
Sebab depa dah kenal since sekolah rendah lagi.
Haritu, Mirza tanya " tahun depan kalau rehat nak makan berdua ke ramai-ramai? "
Nampak tak, khabar penghijrahan Amie memberi impak yang maha hebat.
Tapi, dengan nada selamba aku jawab, " ramai-ramailah.. " dan senyum. Ada kala aku tertunduk, aku rasa sebak. Dan masa tu pulak, lalu dekat pagar besar sekolah. Terdapat dua tiang disebelahnya. Tempat yang selalu kami jalan bertiga. Ya Allah.. (Btw semua jalan kitorang jalan bertiga agagaga!)
bertajuk Kasih Sahabat Selamanya.
Satu petikan yang aku nak kongsi,
" Jika berkelahi, jadilah orang yang selalu mengalah.
Ketika rakan anda lakukan sesuatu, sokonglah dia sepenuh hati.
Ketika rakan anda keseorangan, sentiasa ingatkannya bahawa kita selalu ada di sisi.
Sentiasa berkongsi tidak kiralah saat suka atau duka.
Ketahuilah betapa indahnya jalinan persahabatan yang berkekalan. "
Senyum. Tunduk.
Baris pertama,
Mirza pernah suruh aku bagi alasan kenapa kitorang patut bersedih kalau Amie pindah.
Satu point yang dia highlight balik,
" Part merajuk, siapa nak jadi orang tengah? Siapa yang risau dok pikir cara nak damaikan antara dua pihak? "
point taken! Macam biasa, kalau Amie gaduh dengan Mirza, aku yang dok rasa nak pecah kepala apa nak buat dengan depa berdua. Sometimes bila usaha aku gagal aku rasa macam.. useless dohh! Begitu juga sebaliknya. Kalau aku gaduh dengan salah seorang dari mereka berdua, mesti yang sorang lagi tu cari cara macam mana nak settle. Got it? but.. WHY? Sebab kami sayang antara satu sama lain. cehh *emoticon wasep monyet tutup mulut. tutup mata sekali hiks* By the way kan..
Rasa kitorang ni dah macam Yamada, Mimura dengan... ahh siapa ntah nama perempuan tu. Susah nak sebut jadi gue nggak ingat dehh! Part Yamada jadi orang kaya pastu Mimura mula jauhkan diri then perempuan tu jadi orang yang mendamaikan. Ahhhhh heaven kot!
Oh yeeeee. Kat sini bukan nak cakap kami tak berkawan dengan yang lain tau. Ini sebab, kami bertiga kawan baik. Kawan rapat. Bagi aku, mereka sahabat. Macam engkorang juga, mesti ada kawan baik, kawan rapat bagai. Well said, dalam ramai-ramai classmate berapa ketul je yang betul-betul care, kan? Setiap masing-masing ada kawan sendiri yang dia caring sangat-sangat. Baris ketiga sangat menarik perhatian aku.
Sebab aku sendiri tak mampu nak cakap yang aku akan sentiasa ada di sisi dia.
Apa yang aku mampu, mengadakan dia dalam doa.
Dan, hanya Allah yang akan sentiasa ada di sisi kita.
Bukan kita, yang hanya pendosa ni.
Jyeahhh!
Ni pulak petikan dalam sebuah komik Jepun yang tak perlu kau tahu apa tajuknya ahahaha.
..
..
..
..
..
" Bila pindah sekolah semua orang pun akan kata, ' walaupun berjauhan, kita tetap kawan ya '. Semua pun cakap camtu. Tapi manusia akan berubah bila ada persekitaran yang baru, kan? Mereka akan terbiasa dengan persekitaran baru yang 'tiada' saya tu. Lalu lupakan saya. .. .. .. .. ..
Woitt.
Inikah perasaan budak yang berpindah?
Yang bakal berpindah?
Patutlah.
Patutlah Amie tak henti asyik cakap dekat kami,
" .... jangan lupakan gua.... :) "
( tahu sebenarnya emoticon smile tu untuk memanipulasi kesebakan di dada. sobs! )
Kenapa?
Sebab dia kata sekolah baru dia cuti mungkin dua bulan sekali. So, makin kuranglah kami untuk berhubung.
Setelah ditinggalkan dua orang sahabat yang lain.
Setahun menghirup udara yang sama bertiga.
Segala drama dah kami lalui bersama.
Tangis dan tawa, bersama-sama. ( dah macam lirik lagu tanah air tu. ape ntah tajuk )
Kini, tinggallah aku dan Mirza.
Kami harus tempuhi alam sebenar remaja hanya berdua.
Tanpa Amie, Solehah dan Effa.
Alam sebenar remaja,
Alam tingkatan lima. *sigh* Untuk Amie,
take care. Dah tak ada kita dan Mirza di sisi awak untuk berjuang, jihad sama-sama. Aliran boleh berbeza tapi hati tetap satu beb!
Kita selalu ingat pesan awak masa birthday kita tahun lepas, " ....... semoga makin kuat ukhuwah kita. " Dan tak akan lupa, awak penyebab pertama kenapa kita dan Mirza nangis masa malam Muhasabah diri Kem Nuqaba' Mantap 2014. Hiks! ;) Semoga kita semua sentiasa dibawah jagaanNya. Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Dan, semoga Allah jaga ikatan sesama kita. Last but not least,
" Ukhuwah itu bukan letaknya pada manisnya ucapan dibibir atau pada indahnya pertemuan. Tetapi dalam ingatan seseorang kepada temannya dalam doanya. "
adios !
Sincerely,
-me.
|